Friday, September 23, 2016

Praktikal Sains Bioperubatan di INFORMM, USM

Assalamualaikum,
Hai bakal-bakal saintis semua!

Anda salah seorang pelajar yang bakal menjalani praktikal pada cuti semester?
Ataupun sudah "Road to Graduation" dan ini merupakan sesi praktikal yang terakhir?
Masih tercari-cari tempat untuk menjalani praktikal?

Jangan risau! Aku di sini untuk membantu!

So, Practical Go Where?
Aku rekemenkan kepada korang INFORMM, USM.
INFORMM adalah nama pendek untuk Institute for Research of Molecular Medicine.
Ianya amat sesuai bagi bakal-bakal saintis yang berminat dalam bidang molecular biology dan
biotechnology.
 *Dan ini bukan hanya untuk pelajar jurusan Bioperubatan sahaja. Pelajar jurusan Biotech, Molecular Bio, dan yang sewaktu dengannya boleh juga memohon. 



Di manakah INFORMM?
INFORMM berada di dalam kawasan USM.
Seperti mana yang korang semua tahu, USM ada di Pulau Pinang dan juga Kelantan.
Dan ya, INFORMM ada di dua-dua negeri tersebut.
Kalau rumah ada di area Pantai Timur, pergilah ke Kelantan.
Kalau rumah area Utara, maka pergilah ke Pulau Pinang.
(Kalau rasa nak dekat dengan rumah lah)
Macam aku, dari Selangor ke Pulau Pinang, apahal? Untuk jalan-jalan lah. Apa lagi.

Macam mana nak mohon ye?
Cara nak mohonnya tersangatlah senang. Mohon online sahaja. Dan urusan-urusan seterusnya juga adalah online.

Pergi ke laman web INFORMM. Korang boleh klik di sini atau Google je INFORMM.

Lepas tu, hover cursor korang pada tab "Networking" dan click pada "Industry Engagement".

klik untuk tumbesaran.
Lepas klik tu, akan keluar list of titles. Tekan pada "Research Internship in Molecular Medicine".
Dan akan keluar seperti di bawah:

Dan borangnya adalah di link tersebut. 
Isi borang tu, submit and done!

Senang je.

Bila dapat jawapan?

Jawapan selalunya dapat dalam masa 2 minggu. Aku dulu dapat jawapan selepas seminggu memohon. 
Dan jawapan tu dihantar melalui e-mel. Rajin-rajinkan diri cek e-mel ye. Dah besar dah.

Nak pilih Supervisor yang mana ye?

Dalam borang tu, kita boleh memilih 3 orang supervisor. 
Supervisor 1
Supervisor 2
Supervisor 3
Dan permohonan kita akan dihantar ke Supervisor 1 dulu. Kalau dia terima kita, settle. Kalau dia reject, permohonan kita akan pass kepada Supervisor 2 and so on.

Setiap supervisor tu ada bidang kepakaran mereka sendiri. Contohnya, supervisor aku, Dr. Eugene, bidang kepakarannya adalah dalam "Molecular Biology of Infectious Disease". 

Korang boleh tengok senarai supervisor dan bidang kepakaran mereka di sini:


Click di "About Us" dan klik pada "Academics". And tadaa!

Boleh menginap di kolej kediaman USM tak?

Boleh. Just call pejabat UPPU, USM dan mereka akan suruh korang hantar surat rasmi permohonan penginapan kepada mereka. 
Dan mereka akan emailkan surat-surat dan borang-borang yang perlu diisi dan dibawa. 
Easy peasy.

Selesai cerita tentang INFORMM dan cara-cara memohonnya.

Dan di sini ada video pendek yang aku buat, summary praktikal aku di INFORMM, USM.
Enjoy~


Itu sahaja dari aku,
Aku akan ceritakan pengalaman aku di situ, InshaAllah, dalam post lain.
Harap ini membantu korang-korang yang sedang tercari-cari lagi.















1 comment:

  1. Salam, saya baru je mula intern kt informm, tp UPPU ckp kemudahan kolej x dpt diberi atas alasan pelajar LI tak dpt duduk kolej.. Mcm mana ya? Would you help me? Hari2 ulang alek dr bagan serai, perak. 😭

    ReplyDelete