Wednesday, January 20, 2016

Kisah Staf Pejabat dan Borang Soal Selidik

Assalamualaikum.
Jam menunjukkan pukul 11 pagi dan aku sekarang di pejabat kolej. Boy, am I sleepy.
Yes, aku kerja di pejabat kolej pada waktu cuti semester.
That means, aku duduk extra sebulan di kolej. Yes, hidup aku hanya di kolej.
Hahaha.
Kawan-kawan panggil aku 'Mokcik Pejabat''

So,
Pada 18hb Januari 2016,
sorang pelajar final year ni hantar borang soal selidik (questionnaire), mintak tolong staf-staf pejabat kolej jawab.

Memandangkan aku bukan staf tetap, aku tak jawab lah questionnaire tu.

Questionnaire tu pasal awareness kita terhadap penggunaan Asid Borik dalam penyediaan makanan/makanan diproses.

Asid Borik = Boric Acid (based on Google, correct me if I'm wrong)

Kecohlah pejabat pagi tu dengan Asid Borik.

"Apa tu Asid Borik?"
"Asid Borik tu apa?"

Abang Syamsul "Asid Burik tu apa?"
Abang Aziz "Kau sebut tu lain macam bunyinya."

Che Mat "Kau tau tak Asid Borik tu apa?"
Abang Fari "Apa dia Che Mat?"
Che Mat "Asid Borik tu kentut kita."
Abang Fari "Habis kentut kita berasid lah ye?"

Hahaha.
Memang aku gelak je pagi tu.

Antara semua abang-abang pejabat, abang Farizal je yang search kat Google apa itu Asid Borik.

Abang Farizal "Kat website ni tulis Asid Borik ni ada dalam mee kuning, fishball dan banyak lagi. Kandungan Asid Borik tak banyak tapi sangat beracun. Aih? Dia ingat aku ni serangga ke nak diracun-racunkan."

Even aku student Sains Kesihatan pun. aku sendiri tak tahu tentang Asid Borik.
Based on the sources on internet, Asid Borik ni bahan yang digunakan di dalam racun-racun serangga dan juga sebagai bahan pengawet makanan.
But dengarnya, penggunaan Asid Borik di dalam makanan telah diharamkan.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh tanya sendiri pada Pakcik Google.

Dan Asid Borik tu bukan kentut kita.
Haha.

Thanks for reading guys.
That's all for now.
Bye!


No comments:

Post a Comment