Thursday, September 17, 2015

The 'Solat' Runner

- rekaan semata-mata-


Hari ini adalah hari cuti yang paling tidak seperti cuti. Assignment berlambak yang perlu disiapkan.

"Ah. Aku rasa macam nak keluar." aku bermonolog.

Dan tidak lama kemudian, aku mendapat mesej melalui Whatsapp.


Lepas asar, dalam pukul 5 petang, kami berdua sudah tiba di IOI City Mall. Memandangkan kawanku, Shafa (bukan nama sebenar) telah book tiket wayang, kami pun berjalan-jalan. Kaum perempuan memanggilnya 'Window Shopping'.

"Pukul berapa movie?" aku bertanya pada Shafa.
"Pukul 6 petang." 

Aku memandang jam, sambil kira-kira dalam kepala, agak-agak pukul berapa wayang tamat.

"Dalam 7.30 lebih lah rasanya wayang habis." Shafa seperti dapat membaca fikiranku.

Tetapi aku berasa gelisah. 'Sempatkah untuk solat Maghrib nanti?'
Tetapi aku cuba menenangkan hatiku dengan mengatakan InshaAllah sempat.

Sudah pukul 6 petang, kami pun masuk ke panggung wayang. 

************************

7.50 p.m.

'Alamak, sempat ke ni? Isyak pukul 8.23 malam.' 

Wayang baru sahaja tamat. Dan aku terus bergegas keluar dari panggung wayang, hendak ke surau yang terletak agak jauh.

Shafa mengikuti aku dari belakang.

Tiba sahaja di surau, MashaAllah, ramai sungguh. Di ruang solat sudah penuh, di ruang wuduk juga penuh.
Aku memandang Shafa.

"Isyak 8.23 p.m. weh. Aku rasa tak sempat. Kau tengok jelah tempat wuduk."
Shafa pun kelihatan buntu.
Dalam fikiranku, aku mahu sahaja memberi cadangan untuk qadha solat Maghrib di rumah sahaja, tetapi bila aku fikirkan semula, patutkah aku meninggalkan solat? 
Kerana aku pergi situ untuk berhiburan. Patutkah aku tinggalkan solat kerana hiburan? Astaghfirullah.

"Jom kita pergi ambik wuduk kat tandas." Shafa memberi cadangan. Akhirnya, ada secebis harapan.

Lalu kami pergi ke tandas di tingkat bawah kerana tandas berdekatan dengan surau sesak dengan manusia. 
Kami berjalan laju, mengejar masa. Aku melihat jam. Pukul 8.01 p.m. 22 minit lagi.

Tiba sahaja di tandas, kami terus mengambil wuduk dengan melakukan yang wajib sahaja.

Selesai mengambil wuduk, kami bergegas kembali ke surau. Bersesak-sesak mencari tempat untuk solat. Memang agak tergesa-gesa.

Sepanjang aku solat itu, aku berasa tidak tenang. Aku berasa sangat-sangat bersalah.
'Ampunilah hamba-Mu ini, ya Allah. Ampunilah diriku.'

Selesai sahaja aku solat Maghrib, terus kedengaran azan Isyak. 
Lega? Memang lega kerana sempat, tetapi hatiku tidak tenang.

Aku berkata pada diriku,
'Aku tidak mahu lagi menjadi Solat Runner.'






No comments:

Post a Comment