Saturday, August 1, 2015

SAKA - Ada Yang Menjaga

Assalamualaikum,

Pada beberapa bulan yang lalu, Angah (adikku) ada bertanya pada aku,

"Kakak pernah nampak hantu tak?"

"Tak. Tak pernah."

"Ayie lak, pernah tak?"
*Ayie adik bongsu

"Tak. Ayie pun tak pernah."

"Tu lah, Angah rasa pelik. Orang lain kalau stay up, mesti nampak macam-macam. Tapi Angah stay up, Angah tak pernah kena pun."

"Oh, Samalah dengan Kakak. Time dekat K13 dulu, selalu dengar cerita-cerita kawan, diorang nampak and kena kacau."

"Tu lah, Ayie pun pelik. Ayie pun selalu stay up, tapi tak pernah kena atau jumpa pape."

"Angah rasalah, ada benda yang menjaga kita. Kakak rasa?"

"Entahlah."


Bagi aku, tidak hairan kalau ada benda yang menjaga kami kerana orang-orang Melayu dahulu adalah jenis yang memelihara benda-benda ghaib, seperti saka. Tidak hairan juga kalau keluarga aku ada.

Jadi, semalam aku bertanya pada mak aku.

"Mi, haritu Angah ada tanya something dekat May."
lalu aku mencerita semula perbualan kami yang beberapa bulan yang lepas tu.

"Oh. Haritu Aunty Faridah pun ada tanya mami. Mami pernah kena ragut ke, rompak ke, accident ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya lah. Mami kata tak pernah, kalau accident pun, langgar bumper kereta sikit je. Aunty Faridah kata 'Haaa, tengok, mesti ada benda. Tak hairan punya tau, orang melayu dulu-dulu"

"Oh......"

"Tapi haritu, Mami tanyalah Atuk. 'Mak, ada benda yang menjaga keluarga kita ke?"

Atuk aku pun cakap "Ah, ada je yang menjaga kita. Yang Maha Besar tu."

Aku terdiam.
Betul juga...

Perlindungan mana lagi yang sehebat Perlindungan dari Allah S.W.T
Allahuakbar.


2 comments: