Thursday, July 23, 2015

Koleksi Kisah Pendek di Kampung

Assalamualaikum,
Di sini, aku ingin berkongsi cerita-cerita pendek aku ketika berada di kampung.

Semoga dapat menghiburkan hari anda.

Sebenarnya nak bagi aku dan sedara-mara baca je bila dah tua nanti. Hiburan di hari tua.
Bayangkan aku time dah nenek nanti... masih lagi memblogging. Haha.

1. Angah dan Pokok Cili

Achik (Makcik ku) suruh Angah petik beberapa biji cili dari pokok cili.
"Ngah, pergi kat luar tu, petik cili sikit. Kat situ."

Angah pun keluar. Tak lama kemudian,

"Achik, yang ni ke?" tanya Angah, dari luar pintu.

"Ya Allah, Angah! Tu pokok serai. Ni haa pokok cili. Hahaha."
Tiba-tiba, pakcik menyampuk "Nak kata orang bandar tak makan cili, tak jugak."


2. Adik dan Esah Kedai Burger

Adik ni adik saudara aku. Afif namanya. Tapi satu keluarga panggil dia Adik. Maklumlah, dia lah paling bongsu dan paling kecik. Umur 7 tahun.

Amin selalu ejek dia yang Esah, anak Tauke Kedai Burger rasanya, mengorat dia.

Adik: Takkkk. Mana ada dia ngorat Adik. Dia nak kawan je.
Amin: Mana adik tahu? Adik tanya dia ke? Haaaaa, adik tanya dia.

Achik: Adik tanya apa kat dia?
Adik : Adik tanyalah dia, kat sekolah, 'Kenapa awok ngorat koi?'. Esah tu kata dia nak kawan je.

Hahaha.
Padahal orang bergurau je, dia pergi tanya direct kat Esah.


3. Afiq (9 tahun)

Bukak channel Disney.

"Kakak, ape ni kartun Kikinit?"
"Hahahahaha. Kickin' It lah, Apiq"


4. Mandi Di Rumah Jiran

Aku terpaksa mandi di rumah Wan Teh, jiran nenek sebab ketiadaan air di rumah nenek. Nasib baik lah Wan Teh balik ke Kelantan, so rumah dia kosong.

Satu malam tu, aku nak mandi. Aku pun ajaklah Afiq, mintak dia teman aku mandi. Mula-mula dia taknak, so aku pun cakaplah "Kakak bagi Afiq main tab kakak. Nak?"

Barulah dia nak mengikut.

Tiba di rumah tu, aku taruk lah tab di tangga yang berhampiran dengan tandas.
"Fiq, Tab kakak ada kat tangga" lalu aku pun memasuki tandas.

Tiba-tiba, terdengar bunyi *tok tok tok*.
Aku terpegun. 'Takkanlah ada orang datang rumah ni pulak' 
Rupa-rupanya, Afiq yang ketuk baldi, bunyi macam orang ketuk pintu.

Cehh.

Time aku mandi, Afiq dan Adik cuba nak kenakan aku dengan mengetuk2 baldi and buat macam ada orang datang rumah.
I won't fall for that, kiddo. (Although, I did almost believe it)

Lepastu, kedengaran diorang main game tab aku.

Selesai mandi, aku mencari seluar pendek adik aku. Kata mak, seluar pendek adik tertinggal dalam tandas tu. Punyalah aku mencari, tapi tak jumpa.

Aku : Afiq, Angah ada tertinggal 'short' ke?
Afiq: Ada ke?
Adik: Adik ada dengar Mami cakap Angah tertinggal 'short'
Aku : Tapi kakak tak jumpa pun.

Diorang pun masuk ke dalam tandas, tolong mencari 'short' Angah.

Adik : Bestnya tandas ni, kak.
Aku  : Afiq kata tandas ni macam stor, dik.

Afiq tersengih-sengih

"Tak jumpalah, kak, 'short' Angah" kata Afiq.

"Short, do, 'ain"

"Haha, orang sod, dia short."

Macam-macam diorang ni.
Hahaha.

1 comment:

  1. cili dan serai hahahahahahahahahaha maigad xD

    'kenapa awok ngorat koi?' i like that part. sebab..... perkataan 'koi' hahaha

    kikinit xD kokonat

    aku ingatkan dia cuba eja something. rupanya turutan huruf. short *emoji gelak berair mata*

    ReplyDelete