Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Tiba!

Assalamualaikum,


Hari Pertama Ramadhan pada tahun ini telah berlalu. Masuk sudah ke hari yang kedua. Ini adalah kali kedua aku menyambut bulan Ramadhan di UPM. 

Kali pertama adalah ketika zaman Asasi
Dan sekarang sudah sambung ke peringkat Degree.
Time Asasi dulu, aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kg
Percaya tak? Believe me, it's true. Hahaha.
Tapi malangnya, tak berjaya di maintain bila dah masuk bulan Raya. Yeap. Seperti biasa.


But, yeah. Nak cerita berpuasa time Asasi dulu. 
Bulan puasa tahun 2013 jatuh pada bulan di mana pelajar Degree sudah pulang bercuti semester. 
Dan ini bermakna........

SEMUA KAFE TUTUP!

Yeap, semua kafe tutup. Sebab apa? Sebab pelajar Degree takda. Ya, kami pelajar Asasi ibarat anak angkat (haha, takdalah)

Tapi disebabkan pihak MTM K13/ Senior K13 ni prihatin dan caring terhadap kami, pelajar Asasi ni... Dia bukak lah Bazar Mini. Cukuplah untuk beli makanan berbuka dan sahur sekali.

Dan Geng Surau K13 buat Ihya' Ramadhan. Di mana kita masak beramai-ramai dan makan beramai-ramai dalam talam. Aku pun tak berapa ingat apa yang aku buat kat Surau tu, sebab aku tak pandai masak, apatah lagi kerja-kerja dapur... So, emm, yeah. Tapi apa-apa pun best! 1 talam tu korang share dengan roommate-roommate korang. 

Walaupun bulan puasa, aktiviti amali Pertanian masih dijalankan seperti biasa. Cuaca memang agak panas dan sangat memenatkan tapi takpe... Kitaorang semua boleh tahan. 

Dan dalam bulan puasa itulah, Test 2 berlangsung selama seminggu/2 minggu pada waktu malam. Dan time inilah, orang mengambil peluang untuk meniaga. Delivery nasi kerabu lah, nasi lemak lah, nasi berlauk lah. Memandangkan exam malam, memang kitaorang bukak puasa dekat Pusat Asasi dan KAE lah. Semua pelajar Asasi berkampung kat situ. Tapi suasana dia menyeronokkan. 

Orang kata bulan puasa ni memenatkan, tapi tidak bagi aku. Bulan puasa membuatkan aku lebih gigih.. Lebih gigih untuk berjalan dari Flat Ikan ke Bazar Ramadhan Sri Serdang. Hahaha. Sanggup tau.

Dan paling best sekali adalah, berbuka puasa bersama-sama classmate, Kuliah 7. 



Dan aku memandang ke hadapan (looking forward to) Ramadhan pada tahun ini.

Azam Ramadhan tahun ini?
Pastinya untuk berusaha menjadi baik dan lebih baik. Memperbaiki diri ini.

dan.....kuruskan badan.


SELAMAT BERPUASA ! :)




2 comments:

  1. whiteboard tu saiz a4? ada magnet kat belakang? kalau ye, aku pun ada :O warna kuning. adakah ini jodoh :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha haah saiz A4 beli kat Daiso....

      Delete