Monday, February 9, 2015

JELAJAH U: UIA Gombak

Assalamualaikum.

So, kali ni aku akan cerita tentang lawatan aku ke UIA Gombak. Apa gunanya ada kawan dia UIA Gombak kalau tak pi jelajah kan? Alang-alang dekat, so Let Check It Out!

source: greatanep.blogspot.com

Perjalanan ke Gombak

Aku memilih untuk ke UIA Gombak pada hari cuti awam sempena Thaipusam iaitu hari Selasa. Bertolak dari KTM Serdang. Agak bernasib baik sebab tak perlu tunggu lama. tapi dia punya penuh... Tak payah cakaplah. Memang penuh.

Let's go to Batu Cave people! 

Aku memang berdiri kat depan pintu coach tu je dari Serdang sampai lah ke KL Sentral. Lupa pulak nak cakap.

This is my first time travelling alone! 
Travel lah sangat. Tapi jauh tau nak pergi Gombak. 

Back to the topic.
Tiba di KL Sentral, yang nak ke Batu Cave tu cuma perlu tukar platform. Yelah. Platform dia sebelah je. Senang.

Aku pulak pergi naik LRT ke Gombak. Stesen terakhir LRT laluan Kelana Jaya tu. Dari KL Sentral ke Gombak, ada jarak 15 stesen. Kematu punggung duduk dalam LRT. Hahaha. Takdalah. Kejap je pun. LRT kan laju.

Pada haritu, aku guna handphone mak aku dan juga nombor mak aku (mak malas cabut simkad) sebab tab aku rosak dan aku takda spare handphone lain. So, aku baru nak prank kawan UIA aku ni, Fizah.
Ingatkan nak Whatsapp dia guna nombor mak aku tu tanya "Fizah, Sofea dah sampai belum?"
Konon-konon nak buat dia risau, walaupun tak baik buat orang risau tapi....Lantaklah.
BUT my plan failed!
Sebab, nak sampai station Gombak, the last station...
Machine announce "Next stop: Terminal Putra"
Aku jadi kalut. Kenapa Terminal Putra? Aku tengok balik route map dia... Tak da pun tulis Terminal Putra. So, aku terpaksa call kawan aku untuk confirmkan. Dan dia pun dapat tahu aku guna handphone mak aku.
Tak dapat nak prank. Hmm. Yelah. 

Next, turun dari LRT. Tunggu bas pulak. Bas Rapid KL T200. Time tu aku perhatikan ada 3 orang perempuan bawak luggage, bag balik kampung bagai. Aku assume diorang adalah student UIA yang nak balik kolej. Tiba-tiba diorang naik bus T203. Aku pun "Eh? T203 ke T231?" sebab dah agak lama menunggu tapi aku masih tak nampak batang hidung bas T200.

Tapi aku percaya pada Fizah. Tak mungkin dia cuba nak prank aku. HAHAHAHA.

Dan akhirnya, bus T200 pun muncul lepas sejam kot menunggu.
Bus T200 ni memang ulang alik dari LRT ke UIA je. Aku pun dengan excitednya naik bus tu.

Fizah pesan "Kau pandang je belah kanan. Nanti kau nampak bangunan Kuliyyah of Engineering (KOE). Kau terus tekan loceng. Turun kat bus stop situ." Dan aku pun pandang je belah kanan.
Masuk kawasan UIA, makin ramai pulak yang naik bus.
Then seorang perempuan ni duduk sebelah aku. sebelah kanan aku. dan aku pula cuba melihat bangunan di belah kanan.
Mesti dia rasa tak selesa aku asek pandang arah dia je. Haha sorry kak.

Tapi aku tak nampak Kuliyyah of Engineering, Dan bus tiba di satu bus stop di mana ramai gila student nak naik bus. Aku jadi cuak sebab fikir macam mana nak turun bas. Aku tak suka nak sesak-sesak and mencelah-celah. So aku turun kat bus stop tu dengan harapan sign board akan dapat lead aku ke jalan yang benar.

Dan rupa-rupanya, itulah bus stop yang betul. Pffttt.

Aku pun berjalan ke Mahallah Asiah yang terletak agak jauh daripada bus stop. Jarak dia macam Dari Kolej 17 ke Bukit Ekspo. Lebih kurang.

Satu yang aku perhatikan mahallah-mahallah di UIA ni, semuanya sangat lawa dan bersih. (mahallah= kolej kediaman)
Thumbs up.

Tasik kat area mahallah pun nampak lawa je dan terjaga.

Ciri-ciri senibina bangunan di UIA semuanya islamik dan sejujurnya... Ia mendatangkan perasaan tenang ke dalam hati, jiwa dan segalanya.
Jujur. Serious talk. Itu apa yang aku rasalah.


purpose of pakai baju Kolej 17. Kilauan Berjasa Haha
Then, ke cafe mahallah. Cafe standard lah.
Thanks Fizah, sebab belanja nasi ayam. Hiks.
Baru nak belanja guna kad mealplan.
Hahahambar.

Next, melawat faculties atau disini dipanggil Kuliyyah.

Mana-mana aku pergi, semuanya LAWA dan mengkagumkan.
Menangis aku (sebab jealous dengan Fizah haha)

Dari Kuliyyah Economics hingga ke Kuliyyah of Engineering.
Kuliyyah of Economics nampak sedikit gelap dan suram. Dan aku tak berapa sure kitaorang jalan ke Kuliyyah mana. Kalau tak silap Kuliyyah of Economics bersambung dengan Kuliyyah Law. Ada jambatan yang menghubungkan dua Kuliyyah ni.

Lepastu, LIBRARY!
Nampak gah sangat dari segi luaran. Dalaman aku taktahu lah sebab dia tutup kot haritu. Kalau bukak pun, aku takleh masuk sebab takda kad matriks.
Mungkin boleh bagi alasan nak guna bahan rujukan di situ untuk Tesis(kononnya).
Tapi aku cakap kat Fizah
"Kalau dia suruh tulis course, then aku tulis BioMedic mesti dia pelik sebab fakulti perubatan dia kat Kuantan. Kat sini mesti buku Engineering je."

Moving on,


Next, Masjid!

I fall in love at first sight with this Mosque.
Subhanallah.

Fizah kata kalau hari biasa ada banyak khemah-khemah yang menjual makanan, tudung dan macam-macam lagi kot. Dan sekitar kawasan masjid tu ada kedai-kedai. Kedai Gambar, Kedai Fotostat, Kedai Cenderamata, Kedai Baju. 
Masjid UIA ini adalah pusat dia. Like how a mosque suppose to be. 
Dan Fizah kata memang masjid UIA ni berada di center UIA.



Then, Kuliyyah of Engineering.

Kuliyyah Engineering paling lawa kot. Dari pandangan aku lah. Ada 5 blok. Alpha, Gamma, Omega, Pi dan....tak ingat. hahaha. 
Other pictures around UIA:





Fizah kasi aku buat loan dengan dia beli tudung.


But the best thing is I get to spend time with my very best friend, Fizah.
Thank you.








2 comments:

  1. serious la bukit ekspo dekat je dengan kolej kau? aku ingatkan jauh. sebab aku bayangkan bukit besar so terletak jauh dari kolej hahaha. (bagi aku asiah dengan bus stop dekat la jugak hahaha)

    pasal masjid tu, engko fall in love at the first sight, aku fall in love even after million sights hahahaha. sampai sekarang.

    kad mealplan apa itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. serius ah.. aku jogging ke bukit ekspo. dekat je. kad mealplan adalah macam kad touch n go yg digunakan di cafe. so takyah bayar guna cash. just topup kad tu.
      memang termasuk dalam yuran sem 1. Rm400. lepas tu ikut suka lah nak topup ke tak.

      Delete