Sunday, February 22, 2015

Cekodok Inti Sosej

Assalamualaikum,

Hai. Sekali lagi. Ini bukan tentang resipi Cekodok Inti Sosej.

Begini kisahnya.

Pada suatu malam yang agak tenang, ahli keluargaku membuat hal masing-masing.
Aku pula cuba membaca sebuah novel. Tapi gagal sebab fikiran terawang-awang di langit.
Dan, akhirnya aku bertanya,

"Siapa nak makan cekodok?"

Mak aku pun reply,
"Haa, baguslah. Pergilah goreng, pergilah goreng."

Aku pun ke dapur.
Ternampak ada sepeket sosej (10 batang sosej sepeket) dalam sinki. Tengah tunggu masa untuk ais cair dan sosej menjadi lembut.
Ibarat menunggu hati seorang lelaki yang keras menjadi lembut. Begitu lama ya. Kita kena mencairkan ais di sekeliling hatinya. Gitu. Ahaks.

Aku pun bancuhlah tepung gandum untuk dibuat cekodok. Usai membancuh, aku pun mula menggoreng.

Sedang aku menggoreng cekodok, adikku, Ayie masuk ke dapur sebab nak masak sup ayam segera Campbell. Dia guna dapur sebelah. Sambil masak, kami pun bergosip sikit.

"Ayie, dalam cekodok ni kan, ada satu yang kak taruk sosej.Sesiapa yang dapat cekodok tu, kakak bagi RM5."

Ayie pandang aku. Aku kurang pasti dengan ekspresi muka dia. Sama ada dia percaya ataupun tidak.
Aku cuba buat wajah yang paling meyakinkan.

Dan akhirnya, dia pun bersuara,
"Oh, ada satu jelah yang ada sosej kat dalam?"

"Yeap."
"Kalau papa yang dapat macam mana?"
"Ala, Papa makan berapa je. Probability untuk Papa dapat cekodok tu kurang."
"Ala, manalah tahu kot-kot Papa makan satu terus dapat cekodok tu."
"Takkan punyalah."

Mestilah tak sebab bukan ada pun cekodok inti sosej tu.
Selesai menggoreng cekodok, aku pun hidang atas meja.
Kitaorang sekeluarga pun makan sambil tengok TV dan aku pun inform kat semua "Siapa yang dapat cekodok inti sosej, kakak bagi RM5."

Seketika kemudian,
Ayie pun tanya "Belum ada yang dapat lagi ke cekodok tu, kak?"
Aku geleng.
Masih cuba melakukan ekspresi wajah yang meyakinkan.

Cekodok makin berkurangan.
Ayie tanya lagi "Takkanlah belum ada yang dapat cekodok tu lagi, kak?"
Aku angkat bahu tanda entah.

Dan akhirnya, tinggal cekodok yang terakhir.
Aku pun makan lah yang terakhir tu.
Ayie "Eh?"
Aku sengih-sengih.

Mak aku pun cakap "Mesti kakak dah makan cekodok tu sebab taknak bagi orang lain RM5."
Ayie pandang aku dan kata "Sebenarnya takda pun kan cekodok tu, kak?"

Terus pecah gelak aku.
"Hahahahahahahahaha, tak sangka Ayie percaya!"

Man, it felt real good. Just like good old times.
Hahaha.

THE END.

1 comment:

  1. ok kenapa baru perasan post ni. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA

    ReplyDelete