Friday, February 6, 2015

BIHUN TOMYAM BERKUAH KACANG



Maaf. Entry ini bukan tentang resipi dan cara-cara membuat bihun tomyam berkuah kacang.
Begini kisahnya.

Mak baru je pulang dari jamuan makan kecil-kecilan di rumah kawannya. Kelihatan satu bungkusan plastik merah di tangannya. Dia letak bungkusan plastik merah tersebut di atas meja makan.

“Ni, kawan mami bagi bihun tomyam sikit.”

Aku pun menjenguk isi kandungan plastik tu. Ada dua lagi bungkusan plastik. Satu daripadanya terisi bihun tomyam.

“Oh, ada bubur kacang jugak.”

Bubur kacang adalah salah satu dessert kegemaran aku.
Nenek aku pun mengambil kedua-dua bungkusan tersebut ke dapur. Nak isi dalam mangkuk lah agaknya. Aku pun duduk di sofa, menunggu.
Tak lama kemudian,

“Aiyaa! Saya sudah salah kah?” Kedengaran suara nenek dari dapur.

Aku seperti dapat mengagak apa yang telah terjadi.

“Aiyo. Saya sudah campur bubur kacang dengan ini bihun tomyam worr. Saya ingat sup.”

Ye. Betul sangkaan aku.
Hampa.
Baru nak merasa bubur kacang setelah sekian lama tak makan.

Makan bubur kacang campur bihun tomyam pun takpelah. 

No comments:

Post a Comment