Sunday, February 22, 2015

Cekodok Inti Sosej

Assalamualaikum,

Hai. Sekali lagi. Ini bukan tentang resipi Cekodok Inti Sosej.

Begini kisahnya.

Pada suatu malam yang agak tenang, ahli keluargaku membuat hal masing-masing.
Aku pula cuba membaca sebuah novel. Tapi gagal sebab fikiran terawang-awang di langit.
Dan, akhirnya aku bertanya,

"Siapa nak makan cekodok?"

Mak aku pun reply,
"Haa, baguslah. Pergilah goreng, pergilah goreng."

Aku pun ke dapur.
Ternampak ada sepeket sosej (10 batang sosej sepeket) dalam sinki. Tengah tunggu masa untuk ais cair dan sosej menjadi lembut.
Ibarat menunggu hati seorang lelaki yang keras menjadi lembut. Begitu lama ya. Kita kena mencairkan ais di sekeliling hatinya. Gitu. Ahaks.

Aku pun bancuhlah tepung gandum untuk dibuat cekodok. Usai membancuh, aku pun mula menggoreng.

Sedang aku menggoreng cekodok, adikku, Ayie masuk ke dapur sebab nak masak sup ayam segera Campbell. Dia guna dapur sebelah. Sambil masak, kami pun bergosip sikit.

"Ayie, dalam cekodok ni kan, ada satu yang kak taruk sosej.Sesiapa yang dapat cekodok tu, kakak bagi RM5."

Ayie pandang aku. Aku kurang pasti dengan ekspresi muka dia. Sama ada dia percaya ataupun tidak.
Aku cuba buat wajah yang paling meyakinkan.

Dan akhirnya, dia pun bersuara,
"Oh, ada satu jelah yang ada sosej kat dalam?"

"Yeap."
"Kalau papa yang dapat macam mana?"
"Ala, Papa makan berapa je. Probability untuk Papa dapat cekodok tu kurang."
"Ala, manalah tahu kot-kot Papa makan satu terus dapat cekodok tu."
"Takkan punyalah."

Mestilah tak sebab bukan ada pun cekodok inti sosej tu.
Selesai menggoreng cekodok, aku pun hidang atas meja.
Kitaorang sekeluarga pun makan sambil tengok TV dan aku pun inform kat semua "Siapa yang dapat cekodok inti sosej, kakak bagi RM5."

Seketika kemudian,
Ayie pun tanya "Belum ada yang dapat lagi ke cekodok tu, kak?"
Aku geleng.
Masih cuba melakukan ekspresi wajah yang meyakinkan.

Cekodok makin berkurangan.
Ayie tanya lagi "Takkanlah belum ada yang dapat cekodok tu lagi, kak?"
Aku angkat bahu tanda entah.

Dan akhirnya, tinggal cekodok yang terakhir.
Aku pun makan lah yang terakhir tu.
Ayie "Eh?"
Aku sengih-sengih.

Mak aku pun cakap "Mesti kakak dah makan cekodok tu sebab taknak bagi orang lain RM5."
Ayie pandang aku dan kata "Sebenarnya takda pun kan cekodok tu, kak?"

Terus pecah gelak aku.
"Hahahahahahahahaha, tak sangka Ayie percaya!"

Man, it felt real good. Just like good old times.
Hahaha.

THE END.

Friday, February 13, 2015

BIOMEDICAL SCIENCE, UPM (Sains Bioperubatan)

Assalamualaikum,

So, sekarang pertengahan bulan 2. I bet budak-budak matriks or asasi mesti tengah survey-survey course apa nak ambil time degree.
Mostly, student akan target course-course yang famous such as Medic, Engineering, Nutrition, Dietetic, Account.
Yeah.

So,

WHY BIOMEDICAL SCIENCE?

Secara jujurnya, aku nak ambik Medic. Time first day lecture haritu pun, lecturer tanya "Ni mesti semya apply Medic tapi tak dapat. Dapat BioMedic."
Haha. Tapi taklah. First choice aku adalah BioMedic. Aku tak apply Medic disebabkan pointer aku yang kurang meyakinkan. Macam atas pagar je kalau nak apply Medic.

So, I chose Biomedical Science. (tralalala)

Plus, Biomedical ni adalah bidang yang memang agak baru di Malaysia. Bidang baru nak up. Hahaha.
So, it's up to us untuk menaikkan taraf course BioMedic ini di Malaysia. There are still so much more to achieve. So, it's like an opportunity for us.
Bidang Biomedic ni pun luas. Kita boleh further forensik ke, genetic ke, bidang bio-bio tu and so on.

And last year, time asasi UPM edu fair,
Pengarah Fakulti Perubatan cakap dengan tegas "For those who want to take Medic, think again. By 2016, housemanship wil be completely saturated."


WHAT IS BIOMEDICAL SCIENCE?

BioMedical Science adalah Sains Bioperubatan. Haha.
It's basically related to Medical. Obviously.

based on Institute of Biomedical Science:
Biomedical science is the term for the investigations carried out by biomedical scientists on samples of tissue and body fluids to diagnose disease and monitor the treatment of patients.

based on some random website:
Studying Biomedical Science will enable you to understand how the human body functions in health and disease, which is essential for the development of new treatments. You will gain knowledge in anatomy and human biology, physiology, pharmacology, biochemistry and molecular biology, pathology, microbiology and immunology.

So, yeah. It's basically that. We are not doctors but scientists.
We do research for medical treatments.
And doctors treat the patient.

Bekerjasama gitu.

But kita tak terikat dalam membuat research je.
Banyak lagi peluang kerja yang lain. There's laboratory work, education, management and so on.
but mostly I think would be lab works.
Lebih kurang macam biotech except kita more to medical and kita tak belajar physic (Yeay. tapi aku suka physic. So it's a torture for me)

(aku perasan batch aku ni macam ramai nak masuk forensic. Hmm. copycat)

I think you get the rough idea about Biomedical Science.


CAN WE CHANGE FROM BIOMEDICAL TO MEDICAL?

There are rumors saying that overseas universities, probably England's, we can transfer to Medicine on the 3rd year of study. Which means continue our study to become a doctor.

Well, I'm not sure about that.

But yang ni base on Biomedical di UPM lah ye...
Kita takleh sambung dari Biomedic ke Medic.


And aku ada tanya PA (Penasihat Akademik) aku. Dia advise untuk habiskan je dulu BioMedic ni. Kalau masih nak ambik Medic... then, dah habis study tu, ambiklah Medic..

And nasihat daripada senior pulak. Senior kata kalau masuk Biomedic sebab ingat sama macam Medic atau ingat boleh jadi doctor, tak payah lah. Kalau memang minat and nak ambik Medic, tukar lah course atau masuk universiti swasta.

Gitu.

BIOMEDICAL SCIENCE DI UPM

Kita akan belajar di Fakulti Perubatan, UPM. Yang terletak di sebelah Hospital Serdang.
Kita akan selalu terdengar bunyi ambulans lah.
4 tahun pengajian. Ada practical every year. Dan of course final year ada final year project.

Dan ini SENARAI SUBJEK TERAS.




















SUBJEK ELEKTIF

So, harap ini semua membantu.
Choose well. Decide well.


GOODLUCK!

Monday, February 9, 2015

JELAJAH U: UIA Gombak

Assalamualaikum.

So, kali ni aku akan cerita tentang lawatan aku ke UIA Gombak. Apa gunanya ada kawan dia UIA Gombak kalau tak pi jelajah kan? Alang-alang dekat, so Let Check It Out!

source: greatanep.blogspot.com

Perjalanan ke Gombak

Aku memilih untuk ke UIA Gombak pada hari cuti awam sempena Thaipusam iaitu hari Selasa. Bertolak dari KTM Serdang. Agak bernasib baik sebab tak perlu tunggu lama. tapi dia punya penuh... Tak payah cakaplah. Memang penuh.

Let's go to Batu Cave people! 

Aku memang berdiri kat depan pintu coach tu je dari Serdang sampai lah ke KL Sentral. Lupa pulak nak cakap.

This is my first time travelling alone! 
Travel lah sangat. Tapi jauh tau nak pergi Gombak. 

Back to the topic.
Tiba di KL Sentral, yang nak ke Batu Cave tu cuma perlu tukar platform. Yelah. Platform dia sebelah je. Senang.

Aku pulak pergi naik LRT ke Gombak. Stesen terakhir LRT laluan Kelana Jaya tu. Dari KL Sentral ke Gombak, ada jarak 15 stesen. Kematu punggung duduk dalam LRT. Hahaha. Takdalah. Kejap je pun. LRT kan laju.

Pada haritu, aku guna handphone mak aku dan juga nombor mak aku (mak malas cabut simkad) sebab tab aku rosak dan aku takda spare handphone lain. So, aku baru nak prank kawan UIA aku ni, Fizah.
Ingatkan nak Whatsapp dia guna nombor mak aku tu tanya "Fizah, Sofea dah sampai belum?"
Konon-konon nak buat dia risau, walaupun tak baik buat orang risau tapi....Lantaklah.
BUT my plan failed!
Sebab, nak sampai station Gombak, the last station...
Machine announce "Next stop: Terminal Putra"
Aku jadi kalut. Kenapa Terminal Putra? Aku tengok balik route map dia... Tak da pun tulis Terminal Putra. So, aku terpaksa call kawan aku untuk confirmkan. Dan dia pun dapat tahu aku guna handphone mak aku.
Tak dapat nak prank. Hmm. Yelah. 

Next, turun dari LRT. Tunggu bas pulak. Bas Rapid KL T200. Time tu aku perhatikan ada 3 orang perempuan bawak luggage, bag balik kampung bagai. Aku assume diorang adalah student UIA yang nak balik kolej. Tiba-tiba diorang naik bus T203. Aku pun "Eh? T203 ke T231?" sebab dah agak lama menunggu tapi aku masih tak nampak batang hidung bas T200.

Tapi aku percaya pada Fizah. Tak mungkin dia cuba nak prank aku. HAHAHAHA.

Dan akhirnya, bus T200 pun muncul lepas sejam kot menunggu.
Bus T200 ni memang ulang alik dari LRT ke UIA je. Aku pun dengan excitednya naik bus tu.

Fizah pesan "Kau pandang je belah kanan. Nanti kau nampak bangunan Kuliyyah of Engineering (KOE). Kau terus tekan loceng. Turun kat bus stop situ." Dan aku pun pandang je belah kanan.
Masuk kawasan UIA, makin ramai pulak yang naik bus.
Then seorang perempuan ni duduk sebelah aku. sebelah kanan aku. dan aku pula cuba melihat bangunan di belah kanan.
Mesti dia rasa tak selesa aku asek pandang arah dia je. Haha sorry kak.

Tapi aku tak nampak Kuliyyah of Engineering, Dan bus tiba di satu bus stop di mana ramai gila student nak naik bus. Aku jadi cuak sebab fikir macam mana nak turun bas. Aku tak suka nak sesak-sesak and mencelah-celah. So aku turun kat bus stop tu dengan harapan sign board akan dapat lead aku ke jalan yang benar.

Dan rupa-rupanya, itulah bus stop yang betul. Pffttt.

Aku pun berjalan ke Mahallah Asiah yang terletak agak jauh daripada bus stop. Jarak dia macam Dari Kolej 17 ke Bukit Ekspo. Lebih kurang.

Satu yang aku perhatikan mahallah-mahallah di UIA ni, semuanya sangat lawa dan bersih. (mahallah= kolej kediaman)
Thumbs up.

Tasik kat area mahallah pun nampak lawa je dan terjaga.

Ciri-ciri senibina bangunan di UIA semuanya islamik dan sejujurnya... Ia mendatangkan perasaan tenang ke dalam hati, jiwa dan segalanya.
Jujur. Serious talk. Itu apa yang aku rasalah.


purpose of pakai baju Kolej 17. Kilauan Berjasa Haha
Then, ke cafe mahallah. Cafe standard lah.
Thanks Fizah, sebab belanja nasi ayam. Hiks.
Baru nak belanja guna kad mealplan.
Hahahambar.

Next, melawat faculties atau disini dipanggil Kuliyyah.

Mana-mana aku pergi, semuanya LAWA dan mengkagumkan.
Menangis aku (sebab jealous dengan Fizah haha)

Dari Kuliyyah Economics hingga ke Kuliyyah of Engineering.
Kuliyyah of Economics nampak sedikit gelap dan suram. Dan aku tak berapa sure kitaorang jalan ke Kuliyyah mana. Kalau tak silap Kuliyyah of Economics bersambung dengan Kuliyyah Law. Ada jambatan yang menghubungkan dua Kuliyyah ni.

Lepastu, LIBRARY!
Nampak gah sangat dari segi luaran. Dalaman aku taktahu lah sebab dia tutup kot haritu. Kalau bukak pun, aku takleh masuk sebab takda kad matriks.
Mungkin boleh bagi alasan nak guna bahan rujukan di situ untuk Tesis(kononnya).
Tapi aku cakap kat Fizah
"Kalau dia suruh tulis course, then aku tulis BioMedic mesti dia pelik sebab fakulti perubatan dia kat Kuantan. Kat sini mesti buku Engineering je."

Moving on,


Next, Masjid!

I fall in love at first sight with this Mosque.
Subhanallah.

Fizah kata kalau hari biasa ada banyak khemah-khemah yang menjual makanan, tudung dan macam-macam lagi kot. Dan sekitar kawasan masjid tu ada kedai-kedai. Kedai Gambar, Kedai Fotostat, Kedai Cenderamata, Kedai Baju. 
Masjid UIA ini adalah pusat dia. Like how a mosque suppose to be. 
Dan Fizah kata memang masjid UIA ni berada di center UIA.



Then, Kuliyyah of Engineering.

Kuliyyah Engineering paling lawa kot. Dari pandangan aku lah. Ada 5 blok. Alpha, Gamma, Omega, Pi dan....tak ingat. hahaha. 
Other pictures around UIA:





Fizah kasi aku buat loan dengan dia beli tudung.


But the best thing is I get to spend time with my very best friend, Fizah.
Thank you.








Saturday, February 7, 2015

Just Something I Want To Remember

Assalamualaikum,

So I just had a little chat on FB with a good guy friend of mine, Izzad. Usually, it's always about that particular person. And Izzad guessed it right about what happened.



Me: Haritu nak naik monorail. Ramai orang tengah tunggu. Then dia berjaya naik tapi aku tak lepas naik. So aku tunggu jelah the next monorail. Then, kat station mana tah, tiba-tiba dia muncul. Rupanya dia turun kat station tu untuk naik monorail yang aku naik.

Izzad: Aku suka part monorail tu.. :D

Me: Then, dalam monorail tu dia panggil aku ke tingkap. dia kata "Tengok landasan tu. Nanti dia bercantum jadi satu" Pfftttt....

Izzad: Aku suka jugak part landasan tu. Hahaha :D



And we chat some more about that particular person. A guy.

And semua part yang Izzad suka tu, even though it sounded like nothing much but it's one of my favorite memories.

The one I couldn't forget.




BERBULU

Assalamualaikum,


Pada satu malam yang dingin, aku ditanya oleh adik lelaki aku

"Kakak, kenapa ayie sorang je dalam family yang ada bulu kat tangan?"
(To Ayie. Sorry Hahahahahaha)

Dengan menggunakan ilmu tentang genetik yang aku ada, aku pun terangkan pada adik aku.
Dia dah tingkatan 3, so, tak susahlah nak terangkan kat dia.

Sebelum apa-apa, aku terangkan apa itu gene, allele, dominant and recessive allele dan yang sewaktu dengannya. Yang taktau tu, gi lah bukak balik buku SPM atau google je lah.

Aku:"Ermm. Memandangkan mami dan papa takda bulu di tangan... bermakna trait Tidak Berbulu adalah dominant. Dan Berbulu adalah recessive trait."

Adik aku dengar je. Angguk-angguk sikit. Tanda faham.
Ahaha.
Aku pun sambung.

Aku:"So, memandangkan sorang je ada bulu. Bermakna mami dan papa ada heterozygous alleles."

Aku pun lukiskan Monohybrid Cross.
















Tadaa!

There, you got your explanation, brother.
dan juga kepada yang tertanya-tanya selama ni.


You are welcome. Hahaha.

Friday, February 6, 2015

BIHUN TOMYAM BERKUAH KACANG



Maaf. Entry ini bukan tentang resipi dan cara-cara membuat bihun tomyam berkuah kacang.
Begini kisahnya.

Mak baru je pulang dari jamuan makan kecil-kecilan di rumah kawannya. Kelihatan satu bungkusan plastik merah di tangannya. Dia letak bungkusan plastik merah tersebut di atas meja makan.

“Ni, kawan mami bagi bihun tomyam sikit.”

Aku pun menjenguk isi kandungan plastik tu. Ada dua lagi bungkusan plastik. Satu daripadanya terisi bihun tomyam.

“Oh, ada bubur kacang jugak.”

Bubur kacang adalah salah satu dessert kegemaran aku.
Nenek aku pun mengambil kedua-dua bungkusan tersebut ke dapur. Nak isi dalam mangkuk lah agaknya. Aku pun duduk di sofa, menunggu.
Tak lama kemudian,

“Aiyaa! Saya sudah salah kah?” Kedengaran suara nenek dari dapur.

Aku seperti dapat mengagak apa yang telah terjadi.

“Aiyo. Saya sudah campur bubur kacang dengan ini bihun tomyam worr. Saya ingat sup.”

Ye. Betul sangkaan aku.
Hampa.
Baru nak merasa bubur kacang setelah sekian lama tak makan.

Makan bubur kacang campur bihun tomyam pun takpelah.