Monday, January 19, 2015

MOVIE REVIEW: Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum,



Ini adalah movie review aku yang pertama.
Semoga Bernard Chauly berasa bangga. Ahaks.

Cerita ini diadaptasi daripada novel bertajuk Manisnya Cinta yang ditulis oleh Anis Ayuni. Aku pernah baca novel ni sekali (novel mak aku) and yes, cerita dia okay. Not too lovey-dovey gitu. Bahasa yang digunakan pun okay. Tak seperti kebanyakan novel yang ditulis oleh penulis-penulis baru zaman sekarang. Dan tidak terlalu jiwang. Novel yang akan aku recommend untuk korang baca.


Sinopsis novel Manisnya Cinta  :


APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


Aku rate novel ni 4.5/5.


Manisnya Cinta di Cappadocia:

Cerita ni release pada tarikh 11 December 2014. Mak aku ada ajak tengok kat panggung wayang. Tapi selalunya aku tak tengok cerita melayu kat panggung wayang. Plus, aku kecewa tengok cerita Ombak Rindu dulu. Adaptasi Ombak Rindu tidak mencapai expectation aku.

Pada awalnya, aku tak berminat jugak nak tengok Manisnya Cinta di Cappadocia ni sebab cerita ni diubah sikit. Tiba-tiba ada di Cappadocia pulak. Aku kurang suka kalau cerita diubah-ubah. But, I have to say that Manisnya Cinta di Cappadocia exceed my expectation. You did a great job, Bernard.

Tak berkesempatan nak tengok dekat panggung wayang, mak pun beli dekat Astro First.
Tengoklah puas-puas selama 48 jam. Haha.

Movie Review:

Aku sangat sangat berpuas hati dengan pelakon-pelakon dalam cerita ini. Masing-masing semua sesuai dengan character yang dibawa. Lakonan pun natural.

Ifti Liyana   - Fazura
Nazmi         - Shaheizy Sam
Adik Ifti      - Lisa Surihani
Mak Ifti       - Ogy Ahmad Daud
Ayah Ifti     - Zaibo
Abang Tiar - Faizal Hussein
Kakak Ifti   - Eja

Everyone did a great job.
Dan aku suka Datin, client Ifti tu. Mak aku tahu nama dia, tapi aku tak tahu lah apa nama dia. Aku memang kurang tahu nama-nama pelakon. Anyway, I like that Datin. Hahaha.

Mak "Romantiknya Sam ni. Tertarik mami"   Hmm bahaya tu. Hahaha

Next, Lokasi Lakonan.
Malaysia and Turki.
Pandai diorang pilih lokasi kat Malaysia ni. Lawa-lawa. Tengok-tengok, semua kat area KL je.
Turki pulak, of course lah LAWA.
Sepanjang cerita tu, aku dan mak aku macam "Lawanya tempat tu. Kat mana eh" "Eh, eh lawanya"
"Lawanya Turki" "Turki memang lawa lah" "Kalau pergi Turki pun okay"
Well done.

Walaupun tajuknya diubah menjadi Cappadocia, tapi cerita ni diadaptasi dengan baik. Every scene dalam novel, ada dalam movie. Cuma tukar lokasi jelah, which is Cappadocia.

Cuma ada sedikit kelainan pada part Bahtiar bawa anaknya, Aiman melawat kubur arwah mamanya. Dalam novel, Ifti cuma menunggu kepulangan mereka di rumah. Tapi dalam movie ni, Ifti ikut sekali.
Mungkin sebab dia nak tunjukkan scene Bahtiar memujuk/memberi nasihat kat anak dia tapi peliklah kalau Ifti takda sebab dia watak utama. So yeah, I accept that. Nasib baik Ifti cuma berdiri di tepi pokok.

Then scene Ifti break up dengan Nazmi.
Aku dan mak aku tergelak-gelak.
Sebab Ifti ingatkan Nazmi dah ada anak dan isteri. Si Nazmi pulak ingatkan Ifti marah sebab Nazmi tipu yang dia tu pemandu bas sedangkan dia adalah seorang pilot.
Nazmi was like "Takkan nak break up sebab tu je?"
And Ifti didn't give him a chance to explain.
So, dua-dua misunderstood.

Pengajaran untuk diri: Jangan membuat keputusan terburu-buru. Bagi peluang untuk explain.





Bila Chauly komen macam tu, baru aku realise. It does felt a bit like Jane Austen's classic. One that I can relate would probably be Pride and Prejudice (one of my favorites).

Secara keseluruhan, it's a job well done.
Aku rate cerita ni 5/5.




Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment