Saturday, December 27, 2014

KEMBARA CAK LEMPONG: Semoga Tidak Berakhir Di Sini Sahaja

Assalamualaikum.


Segalanya bermula ketika aku mendaftar untuk Semester 1 dan kami semua diwajibkan untuk mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit (1 je pun kredit dia). Mungkin ada orang yang complain sebab terpaksa ambik Koku... Tapi aku excited sebab boleh cuba benda baru.

Memula, ingatkan nak ambik bidang sukan.

Darina : Jom masuk Cak Lempong, nak?
Aku     : Cak Lempong? Apa tu?
Darina : Alat muzik tradisional. Macam gamelan.
Aku     : Ohhh ! Okay jugak.

Aku memang pantang sikit dengar alat muzik ni. Dah dekat 14 tahun aku main piano, so Why not try something more traditional, right?


20hb September 2014

Perjumpaan kali pertama. Aku dan Darina sesat mencari mana studio Cak Lempong. Sesat sampai ke Astaka Seni.
perjalanan dari astaka seni ke studio cak lempong

Punyalah aku ingatkan terus start belajar main cak lempong... Rupa-rupanya tak.

Fasi : Kokurikulum Berkredit ni sebenarnya bukan untuk main cak lempong. Tapi untuk mengajar korang tentang Kemahiran Insaniah.

"Aww what"  hatiku berkata (ahaks) sambil bagi isyarat mata kat Darina.

Selepas beberapa minggu....
Akhirnya, mulalah lesson Cak Lempong yang ditunggu-tunggu.

Fasi: Saya nak kamu berdua main gerteh Bunga Tanjung
Basics Cak Lempong:

Terdapat 2 Jenis Bingkai Cak Lempong
1) Bingkai Gerteh
2) Bingkai Tingkah dan Sawa (Rupa dia sama je)

Gerteh tu umpama lead manakala Tingkah dan Sawa tu background/ support.
Dan of course, nak main cak lempong kena guna pemalu.

Next, adalah Basic Music.

Basic music macam clefs, note values, signs and symbols.
Note macam
Semi-breve
Crotchet
Minim
Quaver
Semi-Quaver

Note ni mempunyai nilai yang berbeza dan amat penting supaya melody dapat dimainkan dengan betul.

NEXT,
Pembahagian Lagu pun bermula.
"Kumpulan kita akan main dua lagu. Iaitu Anak Kampung dan Bunga Tanjung." kata fasi.
"Bunga Tanjung ni susah sikit gerteh dia. Challenging sikit"

Dan aku memilih untuk main gerteh Bunga Tanjung.
Bunga Tanjung... Which everybody calls a Killer song.

Cubaan pertama Bunga Tanjung memang agak teruk bunyinya. Tak synchronize and not pun terabur.
Mungkin sebab kiteorang tak familiar dengan lagu tu. Memang seksalah tengok fasi yang mengajar. Terjerit-jerit dia.
Hahaha. Cik Man memang terbaik lah.

But as weeks passed by...
Bunga Tanjung bertambah baik. Gerteh, Tingkah dan Sawa sudah dapat bersatu. (Cewah)
dan sudah bersedia untuk dibawa ke pentas persembahan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.


Malangnya, takda video yang boleh ditaruk di sini.


Tamatnya persembahan, maka tamat jugalah kursus Cak Lempong. Dan ini bukanlah saat yang ditunggu-tunggu.

Darina : Jom daftar untuk Cak Lempong lagi.
Aku : Aku okay je kalau tak perlu belajar Kemahiran Insaniah.

Fasi kata kalau memang nak sangat main Cak Lempong boleh join Kelab Cak Lempong Wedana UPM. Tapi perlu berikan komitmen yang tinggi.
Malangnya, aku duduk di Kolej 17 yang terpencil jauh daripada main campus. Tambahan, aku tiada transport selain daripada bas. Latihan pulak pastinya pada waktu malam.

Hmm, apakan daya.

Tapi aku sangat berharap semua ini tidak berakhir di sini sahaja.




Cak Lempong 2 (2014)

Kepada yang baru nak daftar koko untuk semester depan,
Yes, Aku akan recommend Cak Lempong.








No comments:

Post a Comment