Sunday, November 9, 2014

Apa Itu Makanan Halal Tayyiban

Assalamualaikum...
dan Hai !

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 4.48pm tapi gelapnya macam dah pukul 7.30pm...
Lebat betul hujan.
Guruh juga berdentum-dentam.

Hmm.

Anyway, minggu lepas aku pergi ke satu forum tentang MAKANAN HALAL (HALALAN TAYYIBAN). Panelnya adalah Ustaz Fauzi Abdullah.


source: keranakasihnabi.blogspot.com
Kita sebagai umat Islam mestilah akan mengambil dan mencari makanan yang halal kan?
Tapi pastinya ada masanya kita ragu-ragu atau tertanya-tanya 'Eh yang ni halal ke tak? Boleh makan ke tak?'

Itu dinamakan sebagai Makanan Syubhah di mana kita tidak ketahui dengan jelas halal dan haramnya.
Dan perkara ini selalunya terjadi pada aku apabila aku nak beli snacks ke coklat ke apa ke, then cek takda logo halal... aku pun macam "Eh halal ke tak ni? tapi sedap."
ataupun ketika keluar jalan-jalan, nak try makanan Korea lah, Omputeh lah... tapi tak sure halal ke tak (sebab tak pamer sijil halal)... tapi nak sangat try.

Jika korang berhadapan dengan situasi sebegini, maka hukumnya adalah Haram.
Ini adalah untuk mengelakkan termakannya yang haram.

Jadi, kita ambil yang Halal, tolak yang Haram, tolak juga yang Syubhah.

Ustaz Fauzi : Yang halal banyak kat dunia ni... Tapi yang haram itu jugaklah yang kita                            nak pegang, buat atau makan. 
Sentap. hahaha.

Itu bab Halal.
Namun, kita bukannya perlu mencari makanan yang halal sahaja... tapi makanan yang halal Lagi Baik... (refer Ayat di atas)

HALALAN TAYYIBAN
yang halal lagi baik

Tayyiba maksudnya baik

Makanan halal ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Tayyiba
2. Tidak Tayyiba

Contoh Makanan tidak Tayyiba:

1)Kerana Sakit
Gula halal, tapi tidak baik untuk pesakit diabetes.
so, itu adalah halal yang tidak tayyiba.

2) Cara Penyediaan
Makcik kantin goreng ayam. Tiba-tiba, ayam tu terjatuh pulak atas lantai.
Makcik itu kutip balik.
Maka, makcik itu telah menyebabkan makanan itu tidak tayyiba.

3) Ketika Penyediaan
Isteri yang sedang memasak untuk suami tapi bebel, maki hamun
"Tak guna punya suami, aku penat-penat masak , kau sedap je tidur"
dan segala carutan bagai.
Itu jugak menyebabkan makanan tidak...tidak apa? tidak Tayyiba...

4) Makanan yang Sejuk
Makanan yang tayyiba adalah makanan yang dimakan ketika ianya masih panas.
Ustaz kata "sebab itu susu ibu suam"
okayy~
Rasulullah S.A.W pernah berkata jika makanan bertembung dengan Solat Isyak, makan dahulu sebab makanan masih panas.

Itu dia.. Penerangan tentang Makanan Halalan Tayyiban..

Soalan-soalan berkaitan Makanan Halal akan aku share pada entry akan datang. InshaAllah.

:D



No comments:

Post a Comment