Monday, October 27, 2014

HIDDEN PARADISE : HUTAN SIMPAN AYER HITAM, PUCHONG

Hi and ASSALAMUALAIKUM !
yes, i am feeling kinda hyper.

Why?
Sebab aku habiskan cuti midsem aku dengan aktiviti kem.
Yeah.

Walaupun penat, letih, tidak bermaya tapi aku rasa tak sia-sia aku join kem ni.

Kem ni diadakan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong atau nama lain SISFEC.
Hutan ini adalah di bawah jagaan UPM dan orang luar tak boleh masuk tanpa kebenaran.

Hutan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan di Puchong. Jadi, tak ramai yang tahu akan kewujudannya. Dan sebab itulah aku panggil hutan ni sebagai Hidden Paradise.


Hidden Paradise

credit : discovermalaysia.com.my


Tujuan utama aku join kem adalah untuk cuba flying fox, high ropes and jungle trekking.
Ya, di sini ada Flying Fox dan High Ropes (13 Elements).
Walaupun itu tujuan utama aku, tapi sebenarnya apa yang aku dapat adalah lebih daripada itu.
Aku dapat menikmati keindahan semula jadi ciptaan Allah S.W.T

Aku memang suka bab-bab nature ni (tapi aku tak suka nyamuk dalam hutan tu). Aku jarang masuk hutan, sekadar round-round tengok pokok dekat Bukit Ekspo je. 
So, aku ambik kesempatan ini.

Tapi Tapi Tapi.... !
Yang paling aku suka adalah......... ini !

credit : antarapos.com

Inilah yang mereka panggil Blue Lagoon.
It is just too beautiful.
Ternganga aku bila pertama kali melihatnya.
Tak sangka di tengah-tengah bandar macam ni, ada jugak air sungai yang biru dan begitu jernih.

Subhanallah.

Air dia pun sangat sejuk. Sangat menyegarkan.
Dan bila terapungkan badan, pandang ke atas.... Pemandangannya terlalu cantik.
Sungguh menenangkan.

sesungguhnya tak sia-sia aku join kem ni.
I've discovered one of the hidden paradise on earth. jyeah !
okay. haha.


Anda tunggu apa lagi...
Marilah ajak kawan-kawan, kaum keluarga semua mari ke sini...

Segala maklumat ada di sini.

Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
:)







No comments:

Post a Comment