Sunday, August 3, 2014

Cerita di Akhir Ramadhan

Seorang anak kecil dalam linkungan umur 7 tahun kelihatan berlari ke dapur bagi mendapatkan ibunya.
"Ma... Ma... Kakak tak puasalah maaa..." kata anak kecil itu dengan matanya membulat menunjukkan bahawa hal itu adalah hal yang serius.

Ibunya ketawa kecil.

"Afiq, kan Ma dah bagitau sebelum ni... Perempuan ada masa dia cuti."

"Kalau perempuan cuti, maknanya dia tak perlu pergi sekolah lah ye, Ma?"

Ibunya gelak. Geli hatinya mendengar pertanyaan anaknya itu.

"Taklah, Fiq. Ni cuti puasa dan sembahnyang"

Tiba-tiba, abang kepada Afiq, Amin menyampuk

"Atuk elok je puasa, Ma... Tak cuti pun," sambil tersengih.

"Heis, Amin ni. Cuti atuk dah habis," kata Ibunya.

Amin tersengih-sengih. 'Dah menopause lah tu maksudnya' kata Amin di hatinya. Tidak berani hendak menyuarakannya kerana takut neneknya akan mengetuk kepalanya dengan buluh lemang.

Afiq pula sekadar mengangguk tanda faham apa yang diterangkan oleh ibunya.




No comments:

Post a Comment