Tuesday, July 22, 2014

APABILA MAK MEMPUNYAI TWITTER

Assalamualaikum dan Hai gais :D

dulu aku dah pernah post tentang 'Apabila Mak Mempunyai Facebook' dan 'Apabila Mak Mempunyai Facebook (2)'
Itu adalah apabila mak aku baru sahaja mula aktif di Facebook.. (True story bro)

and now, guess what.....

Mak aku sudah ada akaun Twitter. Jeng Jeng Jeng *sound effect*

Pada satu hari yang biasa, aku ke kelas seperti biasa dengan menaiki bas Nadi Putra yang biasa. Segala-galanya sangat biasa. Seperti biasa aku mengantuk di dalam kelas dan gembira apabila kelas sudah tamat.
Dan aku pun menaiki bas Nadi Putra untuk pulang ke bilik bersama-sama rakan rakan.
Ketika itulah sesuatu luar biasa terjadi....
Aku cek akaun Twitterku ketika berdiri di dalam bas. "Oh ada satu notification" , aku berkata di dalam hati.
Aku pun menekan butang notification..

'@usernamemakku followed you'

Duniaku tiba-tiba bertukar menjadi gelap. Terasa diriku seperti diperhatikan. Oh mengapa ini terjadi? Mengapa? Mengapa?


Hari-hari kemudian ku tidak seperti biasa lagi...

Mak : Siapa yang jealous tu?
Aku : Ha? siapa?
Mak : Alah. Kau baru je tweet tadi 'Don't be jealous seeing ur ex being happy. Get a life'
Aku : Itu untuk random people lah mak. Takda tuju kat sesiapa pun. Teenagers sekarang ni haa selalu sangat           tweet 'Oh dia bahagia sekarang. aku jeles :')' dan banyak lagi.
Mak : Oh....

Hari-hari yang seterusnya,

Mak : Gaduh dengan pakwe ke...
Aku : Mana ada -.-'
Mak : Habis kat twitter tu.
Aku : Erghhh

Dan seterusnya,

Mak : Nak lelaki yang baik, kenalah rajin-rajinkan diri, perbaiki diri tu...
Aku : Mak , stoplah baca tweet saya.
Mak : Hahahahaha.

dan makin lama, aku sudah makin kurang tweet....

Tetapi, ada juga kebaikkannya bila mak ada Twitter ni...

"I'm craving for Secret Recipe's cake.. Chocolate Indulgence :/"
*tweet*

dan tak lama kemudian, aku mendapat satu mesej daripada mak...

"Nanti pukul 5 lepas mak habis kerja kita pergi Secret Recipe"

"Really? Yeay !"

Okay, not that bad lah bila mak ada Twitter ni... Bukannya ada rahsia besar pun aku nak sorok daripada mak. So, aku pun kembali tweet seperti biasa. ^^


The End.






2 comments:

  1. Hahaha am glad my mom din have Twitter or Insta. gegegeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku akan ajar mak kau guna twitter or insta :D hahahha. kau tunggu jaa

      Delete