Sunday, May 11, 2014

I AM NOW EX-ASPER 9, UPM

Setahun yang lalu, aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat Asasi di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Walaupun pilihan pertama aku adalah Asasi Sains Hayat UIA, tetapi aku tetap gembira apabila mendapat tau aku mendapat tawaran Asasi UPM (aku berada di Jusco ketika cek UPU dan ye, aku melompat kegembiraan tanpa pedulikan jika ada yang memandang).

Aku ditempatkan di Kolej Ketiga Belas, UPM. Majoriti budak Asasi Sains Pertanian (ASPer) ditempatkan di situ. Satu bilik 6 orang... ditakdirkan aku sebilik dengan 5 orang yang sangat 'awesome' iaitu Sue, Haida, Athirah, Lily dan Zaty.



Berbeza personaliti, berbeza sikap tetapi saling melengkapi (cewah ayat).
Pada awalnya, aku tidak reti hendak bergaul dengan budak kuliah aku. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Tetapi bila ada peluang untuk berkawan rapat, aku ambil peluang itu... dan inilah kawan-kawan rapatku di ASPer..and they are really important to me..


dan semakin lama, aku semakin rapat dengan budak-budak kuliahku. semuanya sporting, happening dan ceria mengalahkan kanak-kanak. Kami ibarat satu keluarga.. Kami adalah Ohana and Ohana means family, Family means nobody gets left behind..


dan sekarang.. tanpa disedari... setahun telah berlalu... setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Perpisahan yang jika boleh dielak, aku nak elak... but life must go on..
This is the most memorable year of my life...
Thanks to all (my roomates, classmates and the whole ASPer family) for making my ASPer life awesome.
:')

I really love you guys so much.
Hope that the bond created between us will be unbreakable.
ASPER STREAMERS IX

credits to Intan Huwaina