Thursday, August 4, 2011

Diari Seekor Arnab

5 Ogos 2011

dear diary,
hari ini hari kelima berpuasa. aku macam biasa duduk dalam istana besi aku (sangkar) jelah . tuan aku tengah sedap-sedap tidur atas sofa. dia penat lah agaknya . sejak bulan puasa ni aku dah jarang keluar bersiar-siar di taman .
 laparnya ... korang jangan ingat aku arnab jadi aku tak puasa . aku puasa tahu ! tuan aku gila sikit. dia ingat aku manusia ke kena puasa.. aish ! bengang .
aku nak tidur dulu lah . lapar + penat


6 Ogos 2011

dear diary,
penat dan laparnya aku . semalam tuan aku lupa nak bagi makan . dia berbuka puasa sorang je . aku dilupakan. dia ingat aku takda perut ke ? aku ada lah ! lepas dia berbuka, dia terus gi terawih . lepas tu dia balik terus tidur . aku duduk je dalam sangkar dengan harapan dia akan bagi makanan kat aku.
hari ni aku kena puasa lagi . sah tuan aku gila+sewel.


7 Ogos 2011

dear diary,
semalam tuan aku mintak maaf dengan aku sebab terlupa nak bagi makanan kat aku . lepas tu dia letakkan makanan dalam mangkuk makanan aku . kalau ikutkan , aku memang nak maafkan dia tetapi bila aku tengok makanan apa yang dia bagi aku terus tak jadi nak maafkan dia. nak tahu dia bagi apa ?

BUAH MELAKA

8 Ogos 2011

dear diary,
aku dah tak tahan . dah lama aku tak makan .. pandangan aku mula berpinar-pinar, kepala aku sakit, perut aku pedih. badan aku lemah sangat... aku nak berehat dulu

9 Ogos 2011

apa yang bakal aku tuliskan sekarang aku tujukan kepada tuanku .

kepada tuanku , Cik Peah...
tuan memang seorang tuan yang baik tetapi tuan seorang tuan yang tak bertanggungjawab. di saat tuan membaca diary ini mungkin saya sudah tiada lagi di dunia ini . saya harap tuan tidak akan melupakan kenangan terindah kita iaitu apabila kita bersama-sama bermain dia taman, mendaki gunung, jungle trekking dan sebagainya. dan saya nak tuan tahu yang saya sayangkan tuan walaupun tuan tidak bertanggungjawab sangat . dan tolong ucapkan terima kasih kepada emak tuan kerana selalu membersihkan sangkar saya .
selamat tinggal tuan .
ditulis dengan ikhlas oleh,
lucky feet, arnabmu

2 comments:

  1. apa yg kau merepek ni??
    btw, hati aku rasa cam kena geletekXD

    ReplyDelete
  2. hahaha .. welll . aku suke merepek :D

    ReplyDelete