Tuesday, October 4, 2011

Leggings bukan Seluar

hey ladies ...
well. hari ni aku nak cerita pasal LEGGINGS.


mula-mula, tengok video ni. TENGOK! jangan tak tengok. kang aku cubit siapa yang tak tengok tu.





LEGGINGS BUKAN SEJENIS SELUAR


Kat Malaysia ni, kita boleh lihat ramai wanita yang memakai leggings sebagai seluar biasa. tak kira tua atau muda. tapi mostly aku nampak makcik-makcik yang pakai. tak tahu lah tu. 


cerita about leggings ye. berdasarkan wikipedia, originally leggings bertujuan untuk memanaskan kaki. tetapi orang zaman sekarang pakai untuk ber-fashion. 


berdasarkan video di atas, legging bukan seluar biasa. tetapi adalah pakaian dalam (under garment) seluar ini juga mengikut bentuk kaki. bila aku kata bentuk kaki itu bermaksud termasuk dengan betis dan peha. bagi yang kurang lemak di peha , mungkin tak nampak HODOH sangat apabila pakai leggings, tetapi bagi yang ada lemak yang agak banyak atau terlalu banyak di peha, memakai leggings akan buat anda nampak HODOH. sebab, peha yang banyak lemak akan bergoyang apabila kita bergerak dan apabila kita pakai leggings, lemak yang bergoyang di peha akan nampak lebih jelas. dan apabila lelaki nampak, jangan haraplah diorang nak terpikat.

macam mana pula kalau pakai leggings yang terlalu jarang sehingga boleh nampak warna kulit kita dan kita pakai dengan baju yang singkat. sure lelaki yang nampak, mereka akan 'tergoda'... haish . aku tak tahu lah nak cakap macam mana lagi ..

tolonglah jangan pakai leggings sebagai seluar biasa . memang hodoh weh . tolonglah. jangan..

bak kata orang putih dalam video tu
                     " kalau nampak wanita yang pakai leggings, campakkan seluar biasa untuk diorang pakai"

Thursday, September 29, 2011

Apabila Mak Kita Mempunyai Facebook (2)

pada suatu tengahari yang indah... aku dan mak aku sedang bersantai di ruang tamu menonton televisyen.

Mak : apa yang kau maksudkan dengan status kau kat Facebook tu ?

Aku : hah ? status yang mana ?

Mak : alah . status kau yang kau tulis ' anak-anak lambang didikan ibu bapa ' tu....

Aku : oh. yang tu. kenapa ?

Mak : habis tu, kau ni pemalas , kau nak kata aku ni pemalas lah ?

Aku : hah ? kenapa pulak ?

Mak : dah kau kata anak-anak lambang didikan ibu bapa

Tuesday, September 6, 2011

Perkara Biasa di Hari Raya

Hello homo sapien yang bace blog aku ....

Hari raya pertama dah lama lepas. So, macam mana raya korang? i'm sure it was a blast. (eceh).
well . raya aku biasa je. mungkin sebab kurang dapat duit raya . maklumla..dah BESAR . bila kurang duit raya, kurang feel ...

Soalan-soalan yang biasanya orang tanya :

1. Apa warna baju raya kau tahun ni ?

Baju raya aku tahun ni ada 2 . satu jubah berwarna pink dan satu lagi kebaya moden berwarna hitam. Actually, tahun ni mak aku nak ikut tema . warna PURPLE . sebelum ni tak ikut tema pun, tetiba je mak aku nak. tema warna PURPLE tapi aku beli jubah pink . macam mana boleh terjadi ? tu aku salahkan jubah tu . kejap warna purple kejap warna pink. atau aku yang tak reti bezakan warna? no no no. aku tetap akan salahkan baju tu . 
Kebaya hitam tu pulak? rezeki lebih :D Alhamdulillah .

2. Berapa duit raya kau ?

well.. urm... RM75 jee.. (dah , jangan gelak) aku tahu lah duit raya korang banyak.

3. Kau raya kat mana ?

Kampung. :D biasalah kan .

4. Nanti Kau buat openhouse tak ?

Tak. buat closehouse je . :D 



well. time bulan ramadhan mesti korang puasa kan ? ahahah . kadang-kadang kita akan jumpa perkara pelik time bulan ramadhan. contohnya, seorang lelaki berjalan-jalan pada waktu tengahari sambil membawa sebungkus air milo berserta straw... apa maksudnya tu ? *jengjengjeng*   ah. pedulikan. jangan berburuk sangka .


Time ramadhan juga korang akan bershopping sakan . mana-mana korang pergi mesti ada SALE. sana sini sale.. semua barang ada diskaun . dari Rm400 ke Rm 380 . korang pun jadi rambang mata. shopping sampai tak ingat dunia. semua kedai baju, kasut, aksesori korang singgah. kan kan kan ? 

shopping sampai tak ingat dunia adalah perkara biasa ..
tetapi yang luar biasanya adalahh...... (sila lihat gambar di bawah)


bagi aku ini adalah satu perkara yang luar biasa.
macam mana diorang ni pilih kasut? aku masih lagi memikirkannya.
aku tahu lah korang excited nak raya . tapi please lah. jangan over-excited sampai nak pilih kasut pun korang campak campak je kasut tu. korang dah susahkan pekerja kat situ nak kemaskan semua kasut tu. lagi satu, kalau ada kasut yang rosak akibat perbuatan korang macam mana? rugi derr.

jadi fikir-fikirkan lah iye..



Thursday, August 4, 2011

Diari Seekor Arnab

5 Ogos 2011

dear diary,
hari ini hari kelima berpuasa. aku macam biasa duduk dalam istana besi aku (sangkar) jelah . tuan aku tengah sedap-sedap tidur atas sofa. dia penat lah agaknya . sejak bulan puasa ni aku dah jarang keluar bersiar-siar di taman .
 laparnya ... korang jangan ingat aku arnab jadi aku tak puasa . aku puasa tahu ! tuan aku gila sikit. dia ingat aku manusia ke kena puasa.. aish ! bengang .
aku nak tidur dulu lah . lapar + penat


6 Ogos 2011

dear diary,
penat dan laparnya aku . semalam tuan aku lupa nak bagi makan . dia berbuka puasa sorang je . aku dilupakan. dia ingat aku takda perut ke ? aku ada lah ! lepas dia berbuka, dia terus gi terawih . lepas tu dia balik terus tidur . aku duduk je dalam sangkar dengan harapan dia akan bagi makanan kat aku.
hari ni aku kena puasa lagi . sah tuan aku gila+sewel.


7 Ogos 2011

dear diary,
semalam tuan aku mintak maaf dengan aku sebab terlupa nak bagi makanan kat aku . lepas tu dia letakkan makanan dalam mangkuk makanan aku . kalau ikutkan , aku memang nak maafkan dia tetapi bila aku tengok makanan apa yang dia bagi aku terus tak jadi nak maafkan dia. nak tahu dia bagi apa ?

BUAH MELAKA

8 Ogos 2011

dear diary,
aku dah tak tahan . dah lama aku tak makan .. pandangan aku mula berpinar-pinar, kepala aku sakit, perut aku pedih. badan aku lemah sangat... aku nak berehat dulu

9 Ogos 2011

apa yang bakal aku tuliskan sekarang aku tujukan kepada tuanku .

kepada tuanku , Cik Peah...
tuan memang seorang tuan yang baik tetapi tuan seorang tuan yang tak bertanggungjawab. di saat tuan membaca diary ini mungkin saya sudah tiada lagi di dunia ini . saya harap tuan tidak akan melupakan kenangan terindah kita iaitu apabila kita bersama-sama bermain dia taman, mendaki gunung, jungle trekking dan sebagainya. dan saya nak tuan tahu yang saya sayangkan tuan walaupun tuan tidak bertanggungjawab sangat . dan tolong ucapkan terima kasih kepada emak tuan kerana selalu membersihkan sangkar saya .
selamat tinggal tuan .
ditulis dengan ikhlas oleh,
lucky feet, arnabmu

Sunday, July 31, 2011

Apabila Mak Kita Mempunyai Facebook

Apabila mak kita mempunyai facebook....

situasi satu 


aku sedang online facebook. mak aku tiba-tiba datang

Mak : eh ! mei mei. response lah at status mami tuh .
Aku : hah ? alaa . malas lah . tu dah ada orang like dah tu .
Mak : alaa . tu like je.. meimei comment lah .

untuk tidak membuat mak merajuk, aku pun komen . haha .

situasi dua


aku sedang online facebook. mak aku tiba-tiba datang

Mak : eh. respond lah kat mami punya request Cityville tu. 
Aku : hah ? alaa. dah lama tak main cityville.
Mak : tak suruh main pun . suruh accept request je.
Aku : yelaaa .

situasi tiga


aku sedang online facebook. mak aku tiba-tiba datang

Mak : eh mei , pergi masuk mami punya wall...
Aku : nak buat apa ?
Mak : tolong lah. mami perlukan barang untuk Farmville...
Aku : Horh ? yelaaa.


:D
layannn~