Monday, October 11, 2010

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

SEBELUM masuk Form 1 (maksudnya masih berada di standard 6) :

wehh. aku takutlah. aku terasa seperti kecil berada dalam kalangan orang senior. aku masih budak-budak lagi. aku nak stay kat sekolah rendah !! taknak masuk sekolah menengah ! TAK NAK ! TAK NAK !

SELEPAS masuk Form 1 :

aku : weh. baik kau bagi duit kat aku sekarang ! aku cabut kain kau karang.
senior : err.. err. ye... jjjjap. nah. aaadda RM 10 jjeee
aku : boleh la tu ! bak sini duit tu... !



SEBELUM pertama kali naik bas rapid KL :

weh. i ni anak orang kaya, mana boleh naik bas. ish. geli lah naik bas. dah lah ada bangla , orang myanmar, orang indon. semuanya jenis tak mandi. i tak suka ! banyak bacteriaa (ala-ala gedik gitu)

SELEPAS pertama kali naik bas rapid KL :

aku : best siot naik bas !
kawan : dah berapa kali kau naik sekarang ?
aku : dah tak terkira la weh.




SEBELUM raya (bulan Ramadan ) :

aku turun 4kg tahu ! gila best.

SELEPAS raya pertama :

aku naik 10kg tahu ! gila keji !




SEBELUM PMR :

aku : mami, (nama panggilanku) nak nasi goreng sebagai bekal ke sekolah
mami : malas
aku : alaaa. boleh lah
mami : malas
aku : yelaaa

SEMASA PMR :

mami : nanti mami hantar nasi ayam dengan sup kerbau ye untuk (nama panggilanku) waktu rehat nanti.
aku : okehh !!!
mami : (nama panggilanku) nak apa2 lagi ke ?
aku : taknak.




SEBELUM masuk ke dalam bilik peperiksaan :

aku : woohooo. fiza (bukan nama sebenar) ! mari kita main dengan papan tanda kawasan larangan ni.
fiza : wokeyh
aku : fiza , mari kita jerit-jerit sampai ke tingkat bawah lepas tu tengok siapa yang perasan kita jerit
fiza : wokeyh

SELEPAS keluar dari bilik peperiksaan :

aku : woohooo. fiza (bukan nama sebenar) ! mari kita main dengan papan tanda kawasan larangan ni. 
fiza : wokeyh
aku : fiza , mari kita jerit-jerit sampai ke tingkat bawah lepas tu tengok siapa yang perasan kita jerit
fiza : wokeyh



5minit SEBELUM membincang jawapan untuk soalan kertas PMR :

weh. soalan-soalan tadi tu kacang la weh !

SEMASA bincang jawapan untuk soalan kertas PMR :

banyak gila aku salah ! aduhh. frust sehh ! FRUST ! kalau frust macam ni macam mana aku nak jawab peperiksaan yang seterusnya. DUHHH !

5minit SELEPAS frust kerana banyak salah :

aku : jom kita main papan tanda kawasan larangan lagi nak ? dan jerit-jerit ke tingkat bawah ?
kawan : bukan kau frust ke tadi ?
aku : eh ? bila pulak aku frust ? 



mostly based on true stories. hahaha yeah 

Tuesday, August 17, 2010

COPYCAT

aktiviti aku pada bulan puasa = tidur.
tapi hari ini tidak sebab nak study. esok periksa SCIENCE and AGAMA.
dua2 subjek tu aku lemah,

semalam aku tidur petang agak lama. penat sangat kot
sedang aku tidur dengan agak lena then tiba-tiba aku terdengar lagu Bonamana-Super Junior... adakah aku sedang bermimpi? kenapa ada lagu ni ? then, aku terbangun. rupa-rupanya ringtone handphone aku. adehh. mak aku call. dia nak kejut aku bangun. dia call dari tempat kerja dia ye... bukannya dari ruang tamu..

aku pun bangun. tengok jam. pukul 16.24 (4.24ptang)
aku cek balik handphone. nak pastikan yang mak aku betul-betul call aku tadi. cek handphone then baru perasan ada message. eyh ? pelik. message dari orang yang tidak disangka-sangka... 'hi awk.' ? aku ingatkan kitaorang guna kau aku. aku nak reply tapi..... erggghh ! aku mula bergaduh dengan diri aku.


kenapa kau tak reply message dia ?

aku tak ada kredit

kenapa kau tak top up ?

aku tunggu mak aku top-up-kan

kenapa tak top-up sendiri ?

errrr

kau tak ada duit ke?

ada. tapi aku ada RM 13 je

cukuplah tu. pergi lah top-up Rm 10

aku tak nak !

kenapa kau tak nak ?

aku dah kata aku ada Rm 13 jer

cukuplah tu bongok ! pergilah top-up !

tak nak ! tak nak ! tak nak lah bungek !

aku suruh top-up, top-up je la !

kau siapa nak suruh-suruh aku ?!

aku Angelina Jolie

aku tak percaya. buktikan

kau pergi berdiri depan cermin and tengok muka kau. muka aku  muka kau jugak

aku tengok macam jessica alba. kau nak tipu aku pulak kan

sudahlah. aku dah malas layan kau

malas layan sudah

pergi la top-up cepat

aku dah kata kan aku tak nak !

kenapa kau tak nak ? bagitau sikit

aku ada rm 13 jer

cukuplah tu ! bengapnya.

tapi mak aku selalu top-up-kan Rm 30. aku nak Rm 30 tak nak Rm 10 je.

aduhh. sudahlah. aku dah penat layan kau

ada aku kisah ?

sudahlah. aku nak tidur

okey

(suasana kembali senyap dalam bilik aku. adik aku masuk dalam bilik aku sebab pelik kenapa aku cakap sorang-sorang sampai terjerit-jerit )


PERHATIAN
idea ni aku dapat dari HADI M. NOR. idea je yang aku ambil. so aku bukan tiru. ni semua aku tulis gune otak aku

tapi aku rasa dia tak kisah kot aku tak reply. memang dia tak kisah. :D
hmm. maybe next time aku akan text dia.
atau.......... dia tersilap send message ? dia nak send kat orang lain tapi tersend kat aku.
haaa ! mungkin jugak. so aku takkan text dia.
:D

then, semalam berbuka puasa kat KFC. seriously, aku sudah bosan dengan KFC. dah lah tekak aku sakit. bila aku masukkan makanan dia akan menjerit. boleh pekak telinga aku. Joee and Syaja yang duduk sebelah aku pun boleh dengar. tapi bila aku masukkan air , dia tak menjerit pulak.

hmm. sudahlah. aku nak study science...
jangan sibuk-sibuk
:)